ALK KOPERASI
PENASIHAT
HAJI KHAMIS BIN ABDULLAH adalah merupakan Penasihat untuk Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau merupakan pengasas Koperasi yang telah membina rangkaian perniagaan sejak tahun 1980. Sebelum ini beliau telah memiliki perniagaan sendiri dalam perkhidmatan jualan Minyak Masak dan jualan minyak Petrol/Diesel, dimana syarikat beliau dikenali dengan nama Wanjimud Snd Bhd.
PENGERUSI
EN. ZULKIFLI BIN KHAMIS merupakan Pengerusi Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad yang sangat berjasa sejak Koperasi ditubuhkan. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah yang telah banyak menyumbang dalam membangunkan perniagaan Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan koperasi dengan cemerlang sehingga ke hari ini. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pekebun-Pekebun Kecil Daerah Yan.
BENDAHARI
NURIZAH BINTI KHAMIS merupakan Bendahari Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau merupakan anak kelima dalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah. Beliau merupakan seorang Guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiaw, Pokok Sena, Kedah.
SETIAUSAHA
SITI NAZIRAH BINTI KHAMIS merupakan Setiausaha Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau merupakan anak keenam dalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah. Beliau merupakan seorang Guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiaw, Pokok Sena, Kedah.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
MOHAMAD FADULI @ FADZIL BIN HAJI KHAMIS merupakan Ahli Lembaga Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau merupakan anak ketiga dalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah. Beliau juga memilik perniagaan sendiri iaitu De’Naka Enterprise yang menjalankan perniagaan membeli dan menjual getah skrap dia Kampung Bukit, Pokok Sena, Kedah.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
SHARIPAH BINTI HAJI KHAMIS merupakan Ahli Lembaga Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau merupakan anak kedua dalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah. Beliau banyak membantu Haji Khamis didalam perniagaan Wanjimud Sdn Bhd dari tahun 90an sehinggan sekarang.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
MOHD FAISAL BIN MAMAT merupakan Ahli Lembaga Koperasi Keluarga Wanjimud Kedah Berhad. Beliau adalah menantu didalam keluarga Haji Khamis Bin Abdullah. Beliau berkhidmat sebagai Guru Di Sekolah Kebangsaan Kampung Paya, Pokok Sena, Kedah.